Ahli BERSATU perlu berlapang dada – Ahmad Faizal

- Advertisement -

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak bertenang dan berlapang dada menerima keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berhubung kedudukannya hari ini.

Beliau juga yakin BERSATU Perak akan kekal dan mengukuhkan hubungan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Saya berpandangan kerajaan PN ini ialah kerajaan yang baik diterima oleh rakyat dan momentum itu perlu dikekalkan.

“Saya kira apa yang berlaku di negeri Perak sebelum minggu ini segala urusan pentadbiran berjalan lancar, namun mungkin ada dalam kalangan kami yang bukan semata-mata melihat pentadbiran saya tidak baik kerana kami dalam waktu pentadbiran semuanya okay.

“Tetapi mungkin mereka merasakan mereka lebih layak untuk menduduki kerusi Menteri Besar Perak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Projek Masjid dan Surau di Negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Terdahulu pagi ini, beliau gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya yang dibentangkan dalam sidang DUN Perak.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat