KUALA LUMPUR – Kekerapan penerbangan tunda mutakhir ini berpunca daripada kekurangan jurutera penerbangan (aircraft engineer) bukannya disebabkan oleh isu teknikal seperti yang dirungutkan.
Seorang juruterbang yang dikenali Audi Amran mendedahkan, Malaysia sekarang ini berdepan kekurangan jurutera penerbangan yang bertanggungjawab meluluskan sesuatu pesawat untuk terbang.
“Malaysia sekarang ini tak cukup sangat-sangat aircraft engineer, cuba bayangkan aircraft engineer tak cukup, apa yang berlaku?
“Kapal terbang delay, kapal tak boleh nak bergerak, one of the reason nowdays kapal delay bukan sebab isu teknikal sangat tapi salah satu puncanya ialah disebabkan tidak cukup aircraft engineer untuk sign (luluskan kebenaran) kapal terbang.
“Jadi, demand (permintaan) untuk aircraft engineer sekarang ini sangat-sangat tinggi,” ujarnya dalam video yang dikongsi di akaun TikToknya.
Sementara itu, Audi Amran juga memaklumkan, ada yang kecam dia juga memandangkan gaji juruterbang dengan gaji aircraft engineer jauh beza.
“Okey, sekarang ini aircraft engineer gaji dah tak sama macam dulu. One of the airlines dekat Malaysia mereka sudah maklumkan kenaikan sehingga 40 peratus.
“Apa yang terbukti sekarang ni Malaysia Airlines, semua pakat lari sebab kejar gaji tinggi sama ada dia kejar untuk bekerja dengan airlines lain yang tawar gaji lagi baik ataupun bekerja di luar negara.
“Jadi kepada adik-adik saya ingatkan kalau nak ambil program aircraft engineering ambil lah lesen sama ada A1, B1, B2, B1.2 tak kisah asalkan ada lesen.
“… dan apa yang saya boleh katakan the job is there tak cukup aircraft engineer sekarang ini, berbanding dengan pilot boleh katakan masih lagi okey tetapi aircraft engineering memang betul-betul tak cukup, jangan salah ambil program diploma atau ijazah cuma demand lebih tinggi sekarang ini,” syor Audi Amran.