Warisan tak sokong Muhyiddin dan PN, anggap berita palsu berniat jahat – Shafie Apdal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Warisan Sabah (Warisan) tegas menolak berita palsu kononnya parti itu menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan semua ahli Parlimen Warisan tetap utuh mendesak Perdana Menteri dan Kabinetnya mengundurkan diri.

“Warisan tegas dengan keputusan parti untuk tidak menyokong pemerintahan Perikatan Nasional (PN) sekarang.

“Semua Ahli Parlimen Warisan tetap utuh dan kekal menggesa Perdana Menteri dan Kabinetnya berundur,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Shafie berkata, pendirian Warisan dikongsi bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk ‘Masir Anak Kujat, Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Hak demikian, ujar beliau sebarang berita atau laporan yang disebarkan mendakwa Warisan menyokong PN adalah palsu dan berniat jahat.

“Dengan merujuk kepada proses Parlimen, kami menuntut agar Dewan Rakyat segera bersidang bagi membuktikan sama ada Muhyiddin ada majoriti atau sebaliknya.

“(Undi percaya) itu akan menjernihkan keadaan dan tidak perlu menunggu hingga September.

” Usul undi percaya ini harus menjadi satu-satunya isu yang dibahaskan dalam sesi terdekat ini.

“Ia tidak boleh dicampuradukkan dengan isu-isu lain mengenai Rancangan Malaysia ke-12 dan Belanjawan yang akan dibincangkan dalam sesi Parlimen yang dijadualkan pada bulan September,” ujar bekas Ketua Menteri Sabah itu lagi.

Awal hari ini, dilaporkan bahawa Muhyiddin dikatakan akan mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri jika ura-ura bahawa Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) bergabung dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Berdasarkan kepada analisis pemerhati politik gabungan ahli Parlimen tiga parti itu bersama dengan pecahan ahli Parlimen UMNO yang tidak menyokong tindakan Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Pun begitu, dalam perutusan khasnya Muhyiddin mengumumkan beliau masih sah sebagai Perdana Menteri kerana mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat