Pejuang juga tak sign SD sokong Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendedahkan tidak menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti khabar angin tersiar.

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin berkata, Pejuang secara tegas menafikan sebarang kerjasama atau rundingan dengan mana-mana pihak telah dilakukan apatah lagi untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang jelas gagal.

“Pejuang juga tidak pernah menandatangani sebarang SD sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebarang tularan yang mengatakan sebaliknya adalah palsu dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Jelas Ulya lagi, Pejuang sebelum ini telah dengan konsisten menyatakan bahawa kami tidak bersetuju dengan kerajaan sedia ada dan berkali-kali meminta Perdana Menteri serta Kabinetnya meletakkan jawatan.

“Fokus kami masih kekal kepada langkah-langkah untuk mengatasi permasalahan rakyat dalam menghadapi masalah kesihatan dan ekonomi,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat