Undi percaya boleh dibuat selewatnya 16 Ogos ini – Lim Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parlimen perlu bersidang semula selewat-lewatnya pada 16 Ogos untuk mengungkai keenam-enam Ordinan Darurat.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, langkah itu juga membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan sama ada beliau mempunyai kepercayaan majoriti ahli-ahli Parlimen.

Kit Siang berkata demikian susulan pengumuman daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menarik sokongan UMNO kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, semalam.

“Selepas seruan berkali-kali daripada Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu pada 16 Jun 2021 supaya Proklamasi Darurat, Ordinan Darurat, dan Pelan Pemulihan Negara dibentangkan dan dibahas di Parlimen.

“…sidang khas Parlimen selama lima hari untuk Dewan Rakyat dan tiga hari untuk Dewan Negara dijadualkan bermula pada 26 Julai, tetapi, tidak ada sebarang perbahasan mengenai Proklamasi Darurat atau Ordinan Darurat.

“Amat malang sekali, apabila sidang khas ini pun digantung pada 29 Julai atas alasan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang berkata, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tidak boleh menjadi alat politik kerajaan Muhyiddin.

Menurut beliau, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat perlu bersidang segera dalam mesyuarat tergempar untuk membincangkan pelanggaran keistimewaan Parlimen dan undang-undang yang amat serius di mana ahli-ahli Parlimen dihalang daripada menjalankan tanggungjawab mereka pada 2 Ogos 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat