Kerajaan tak Campur Tangan BNM Naikkan OPR – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menyatakan Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai hak dan kuasa dalam membuat keputusan berkaitan dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tanpa perlu membabitkan campur tangan kerajaan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, hak dan kuasa yang memberi kesan kepada ekonomi negara telah diberi pengkhususan masing-masing seperti yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang Malaysia.

“(Perubahan berhubung) OPR adalah keputusan Bank Negara (Malaysia) dan bukan Kementerian Kewangan.

“Kalau nak bincang, saya boleh bincang. Tapi itu adalah ‘wenang’ (kuasa) Bank Negara Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung impak dan tindakan oleh Kementerian Kewangan susulan jangkaan kenaikan OPR sebanyak dua kali oleh BNM.

Terdahulu BNM dijangka mengekalkan OPR pada 3.0 peratus untuk seluruh 2023 selepas berkemungkinan besar mengumumkan satu lagi kenaikan terakhir sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus, 19 Januari ini.

Media melaporkan, ahli Ekonomi Kanan Oxford Economics, Alex Holmes, berkata jangkaan konsesus akan berlaku beberapa kali kenaikan OPR oleh BNM pada tahun ini tidak menepati tingkah laku bank pusat itu pada masa lalu, begitu juga tidak menepati tinjauan ekonomi semasa.

“Kami merasakan bahawa selepas kenaikan terakhir pada 19 Januari, BNM akan mengekalkan kadar dasar pada 3.0 peratus bagi sepanjang 2023,” katanya dalam satu nota.

Holmes berkata, BNM menaikkan kadar faedah secara berperingkat pada 2022, bermula 1.75 peratus sebelum mesyuarat Mei lalu kepada 2.75 peratus pada November.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat