Keluarkan SOP Jelas Jaga Nyawa Rakyat – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan harus segera mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas bagi memastikan kepentingan negara terjamin, terutamanya bagi menjaga nyawa rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, SOP tersebut mestilah bersifat mencegah (preventive) agar penularan varian tersebut dapat dibendung dengan berkesan.

“SOP berkenaan haruslah adil kepada semua pihak bagi memelihara kelangsungan kehidupan rakyat, terutama mereka yang terlibat dalam industri pelancongan dan perniagaan.

“SOP tersebut juga mestilah mempunyai perincian yang mampu memantau serta menjejaki pengembara yang berada dalam negara dan mengambil kira keupayaan sistem kesihatan awam (national health care system),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut juga berkata, seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kemeterian Kesihatan Malaysia, sehingga 31 Disember 2022 sebanyak 4,152 kes varian BA.5.2 dan tiga kes varian BF.7 direkodkan di seluruh negara.

“Ramai rakan di media sosial yang melahirkan rasa risau dan bimbang berkenaan perkembangan kes Covid-19 di serata dunia, terutamanya di negara China.

“Ada yang mencadangkan agar Malaysia menutup sempadan atau menghalang kemasukan pengembara dari negara China di pintu-pintu masuk negara,” ujar Hamzah.

Beliau juga mencadangkan agar kerajaan segera mengaktifkan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan semua jabatan dan agensi kerajaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat