PKR Johor Terkejut, Tapi Akur Kerusi Pontian Diberi Kepada DAP

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – PKR Johor mengakui terkejut dengan pertukaran kerusi Parlimen Pontian di saat-saat akhir kepada rakan gabungannya, DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata beliau akur dengan keputusan yang dibuat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Katanya, beliau juga sudah meminta supaya akar umbi PKR memberi sokongan kepada calon baharu dari DAP, Shazwan Zdainal Abidin yang menggantikan calon

PKR sebelum ini iaitu Mohd Sayfaul Arifin Abd Karim sebagai calon Parlimen Pontian.

“Ini menunjukkan disiplin PH, kita akur. Saya akui pertukaran ini agak mengejutkan sedikit, tetapi kita percaya dan yakin kepada keputusan pimpinan tertinggi yang sudah dibuat.

“Saya juga sudah memohon ahli akar umbi terima dan beri sokongan. Ada hikmah di sebaliknya, bukan peluang kita tetapi peluang untuk calon lain.

“Kalau kita tidak boleh bersama menyokong sama-sama parti, kita akan tertewas pada musuh kita,” katanya yang juga penyandang dan calon PH bagi Parlimen Ledang

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan 26 calon PH Johor oleh Pengerusi PH Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub, di sini, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dilaporkan menyatakan DAP memperoleh peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pontian daripada PKR pada PRU15.

Ia selepas perbincangan lanjut antara kedua-dua parti itu Sabtu lalu.

Katanya, Pontian kini adalah sebahagian daripada 55 kerusi Parlimen yang akan direbut DAP pada PRU15, selain beberapa kerusi kawasan Melayu iaitu Mersing dan Ayer Hitam.

“Kami sebenarnya minta (kerusi Parlimen) Sembrong, tetapi PKR mahu kekalkan (bertanding) kerusi berkenaan, jadi kami diberi Pontian dan calonnya dari Johor,” kata Anthony.

Sementara itu, Salahuddin menjelaskan Parti Amanah Negara (AMANAH) turut akur dengan keputusan pimpinan parti yang memberikan kerusi Tanjung Piai kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Katanya, situasi ini juga sama seperti DAP-PKR di Pontian.

“Tiada pertikaian lagi, itu displin kita, kita boleh bincang, berkeras dengan perjuangan, bila pemimpin putuskan kita akur walaupun ada ketidakpuasan hati,”katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat