Bekas PM Pakistan Cedera Ditembak Ketika Perarakan Protes

- Advertisement -

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan ditembak ketika beliau mengadakan perarakan protes menuju ke Islamabad di Gujranwala pada Khamis.

Menurut media tempatan, beliau mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut dan telah dikejarkan ke hospital.

Suspek yang melepaskan tembakan tersebut bagaimanapun telah dikesan dan ditangkap oleh pihak berkuasa.

Sewaktu kejadian, Imran sedang berdiri di atas sebuah trak kontena sebagai memprotes menentang kerajaan Shehbaz Sharif.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan di media sosial, Imran ditembak beberapa minit selepas keluar dari kereta jenis SUV berwarna hitam dan sedang berucap di atas bumbung trak.

Insiden yang berlaku kira-kira 200km dari Islamabad itu turut mengimbau peristiwa hitam yang berlaku melibatkan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto yang ditembak mati sewaktu perhimpunan pada 2007. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat