Nak Harga Tiket RM10, Anda Ingat Saya Bayar Gaji Pemain Bola Sepak RM1,500 Ke?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Saya sedih sebenarnya bila ada orang komen mahu harga tiket RM10. Apa anda ingat saya bayar gaji pemain RM1,500 sebulan?.”

Itu nada kecewa diluahkan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman selepas ada segelintir penyokong The Red Warriors (TRW) yang mempertikaikan harga tiket menjelang aksi suku akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Kota Bharu, Sabtu ini.

Jelas Norizam, beliau sedih dengan tindakan sesetengah penyokong itu yang mahukan harga rendah, namun mendesak TRW diperkuatkan dengan pemain berstatus bintang.

Katanya, pasukan Kelantan tidak menerima sebarang tajaan daripada kerajaan negeri dan disebabkan itu harga tiket pastinya berbeza.

“Apa anda ingat pasukan TRW dapat tajaan daripada kerajaan negeri? Apa anda anda ingat saya dapat projek dapat tanah?,” katanya di laman Facebook miliknya.

Ujarnya lagi, beliau tetap menghargai sokongan penyokong lain yang tidak henti memberi dorongan dengan menyumbang sesuatu kepada pasukan.

“Saya secara peribadi ucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang tak lokek berbelanja untuk pasukan.

“Insya-Allah anda tak lokek berbelanja, saya selaku pemilik takkan lokek untuk team TRW kita,” katanya . – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat