Tuduh Mahathir Sengaja Jatuhkan PH Itu Pandangan Peribadi Husam, Kata Mahfuz

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi yang membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19, antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,...

BNM sedia kemudahan TRRF dan MEF untuk bantu PKS

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan maklumat lanjut tentang pelaksanaan dua dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19...

CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau kenaikan harga bawang merah di pasaran...

Ubat Punca Maradona Meninggal Dunia

BUERNOS AIRES: Diego Maradona diberikan koktel dadah termasuk antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar. Ia didapati selepas serbuan yang dilakukan polis Argentina...

China Beri Vaksin Percubaan Kepada Kim Jong Un Dan Keluarga

CHINA telah memberikan vaksin percubaan melawan jangkitan COVID-19 kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan keluarganya, lapor penganalisis Amerika Syarikat (AS) pada Selasa. Menurut...

PETALING JAYA – Kenyataan bekas naib presiden Amanah Husam Musa yang mendakwa Dr Mahathir Mohamad mahu menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) sejak hari pertama menjadi kerajaan termasuk menuduh bekas perdana menteri itu sengaja melengah-lengahkan pelantikan senator dalam kalangan ahli gabungan berkenaan hanya pandangan peribadi.

Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata, kenyataan Husam yang menyerang Mahathir juga tiada kaitan dengan parti itu.

“Itu pandangan peribadi dia (Husam) tidak ada kena mengena dengan Amanah,” katanya kepada FMT.

Mahfuz berkata, jika Mahathir sengaja melengahkan pelantikan wakil senator daripada PH selepas menguasai Putrajaya pada Mei 2018 seperti didakwa, sudah pasti Husam sendiri tidak akan dipilih.

Beliau turut mendedahkan, Mahathir sendiri ketika menjadi perdana menteri PH mencadangkan nama Husam dilantik sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan tetapi ditolak.

“Kalau (Mahathir) lengahkan pelantikan senator (PH) tentu Husam pun tidak dilantik sebagai senator, malah Husam dicadangkan Tun untuk jawatan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, tapi dia tolak jawatan timbalan menteri,” katanya memaklumkan isu dibangkitkan itu tidak pernah dibawa Husam dalam mesyuarat Amanah.

Mahfuz berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal yang memetik kenyataan Husam mendakwa kejatuhan PH dirancang sejak hari pertama menjadi kerajaan.

Kata Husam, salah 1 sikap Mahathir ketika menjadi perdana menteri ialah melengah-lengahkan pelantikan senator dalam kalangan ahli parti PH.

“Saya masuk (jadi senator) selepas PH jatuh tapi ada 16 kekosongan senator pada zaman PH. Tun (Mahathir) macam sudah simpan orang untuk dilantik kemudian di Dewan Negara macam Zahid Mat Arip dan Tengku (Datuk Seri) Zafrul (Tengku Abdul Aziz) dan lain-lain,” katanya dalam sembang santai politik: kejatuhan PH adalah 1 rancangan di DHM Channel pada Ahad.

Katanya, jika pembangkang sekarang mahu menggunakan jurutera yang sama (Mahathir) bagi merampas kerajaan, ia hanya membuang masa termasuk dakwaan pembentukan kerajaan perpaduan.

Husam berkata, pendedahan beliau membabitkan Mahathir juga susah banyak kali dimaklumkan kepada pucuk pimpinan partinya termasuk Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub.

September lalu, Husam mengumumkan peletakan jawatan sebagai naib presiden Amanah dan beliau juga dilantik sebagai senator ketika Mahathir menjadi perdana menteri. – FMT

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau kenaikan harga bawang merah di pasaran...

Persiapan PRU15 Antara Perbincangan Majlis Tertinggi PN

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang antara lain menyentuh beberapa perkara...

Pendakwah Selebriti Guna Gelaran Da’i Perangkap Mangsa Seksual – Polis

KUALA LUMPUR - Seorang selebriti televisyen muda yang ditahan kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan pada mangsa dipercayai menggunakan pengaruhnya sebagai pendakwah...