Najib cabar Mahathir debat

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mencabar Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdepat.

Najib ketika menjawab komen yang diberikan pengguna Facebook berkata pihaknya bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat dengan Mahathir.

“No problem. Masa saya PM, dia ajak debat saya tak mahu.Masa dia PM7, saya ajak debat dia tak mahu.

“Sekarang kita berdua bukan lagi PM, kita boleh debat jika dia mahu. Anytime!,” katanya.

Komen Najib itu kemudiannya di sokong para pengikutnya yang berharap agar cadangan tersebut segera direalisasikan bagi membolehkan rakyat di negara ini menilai kebenaran di sebalik semua dakwaan yang di lontarkan oleh Mahathir sebelum ini.

SuaraTV sedang cuba untuk menghubungi Mahathir bagi mendapatkan persetujuan beliau untuk mengadakan debat tersebut.

Terdahulu Najib memuatnaik satu kemaskini di laman Facebook mengenai perlawaan debat antara beliau dan Veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Awal tahun lalu, MalaysiaKini pernah troll Kit Siang. Mula-mula, Kit Siang ajak debat. Kita pun terima. Namun tak sampai 48 jam, Kit Siang umum dia larikan diri dari debat.

“Kononnya debat antara saya dengan dia akan “mencetuskan sentimen perkauman antara masyarakat Cina dan Melayu” walaupun dia kata dia sedar ramai yang akan gelar dia penakut.

“Takde pun apa-apa sentimen perkauman tercetus apabila ahli parlimen DAP dan ahli parlimen UMNO sering berlawan mulut dalam Dewan Rakyat?,” soal Najib.

Sehingga berita ini di tulis, muatnaik tersebut telah menerima 16.2 ribu tanda suka oleh para pengguna media sosial.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat