Ahli Parlimen BN sepakat sokong Belanjawan 2021

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebulat suara hari ini sebulat suara bersetuju untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, persetujuan tersebut dinyatakan oleh semua ahli parti itu dalam satu mesyuarat khas yang diadakan sebentar tadi.

“Mesyuarat (hari ini) kita buat keputusan, kita sokong belanjawan. Kita hendak beritahu bahawa kita tidak ragu-ragu untuk berikan sokongan.

“Jadi maknanya pihak kerajaan atau Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak perlu bimbang dan ragu.

“Kita akan pastikan belanjawan diluluskan,” katanya ketika ditemui media sebaik selesai menghadiri mesyuarat khas itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa memberitahu mesyuarat khas itu diadakan bagi memberi lebih kefahaman kepada ahli Parlimen tentang sokongan terhadap Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020.

Katanya, semua Ahli Parlimen ‘solid’ dan bersatu hati akan memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021 serta keputusan-keputusan yang dibuat parti.

“Ketua Whip kemudian akan diterangkan Ketua Whip parti kepada ahli parti masing-masing,” katanya.

Terdahulu, BN mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Parlimen parti itu untuk membincangkan tentang sokongan terhadap Belanjawan 2021 di Menara Dato’ Onn di sini petang ini.

Difahamkan mesyuarat yang bermula jam 3.30 petang tadi itu turut dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat