Kerajaan Cari Jalan Penyelesaian, Tidak Akan Biar Rakyat ‘Ikat Perut’ – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan komited mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu kenaikan harga barang dan tidak akan membiarkan rakyat ‘ikat perut’ dalam menghadapinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kerajaan dahulu.. rakyat kena ikat perut, tapi (sekarang) kita cari kaedah agar rakyat tidak dibebani. Tidak pernah dalam sejarah kita bagi subsidi agar harga tidak naik.

“Kita subsidikan harga sebanyak RM77.7 bilion iaitu ayam, bahan api, elektrik, telur, minyak masak dan air. Kita ambil tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan,” katanya, semasa berucap di Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Perak 2022 di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan hari ini adalah sebuah kerajaan yang akan memberikan bantuan sama ada dari segi material mahupun sokongan dalam menyuburkan semangat perpaduan di kalangan rakyat.

“Malah kerajaan hari ini akan terus konsisten memberikan tumpuan kepada program serta inisiatif yang melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia. Ini dilakukan bagi memastikan tidak ada yang ketinggalan.

“Konsep Keluarga Malaysia ini juga selari dengan konsep ‘tasamuh’ dalam Islam yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan yang menjadikan masyarakat di negara menghargai dan memahami nilai perbezaan.

“Tasamuh bermaksud ‘toleransi’ atau ‘berlapang dada’. Dalam maksud yang lain adalah bersikap menerima dan damai terhadap sebarang keadaan yang dihadapi. Misalnya toleransi dalam agama ialah sikap saling menghormati hak dan kewajipan antara agama.

“Bagi negara yang memiliki bangsa dan budaya yang majmuk seperti Malaysia, sikap toleransi atau tasamuh sangat penting sebagai alat menyatu-padukan Keluarga Malaysia, sekaligus mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat