PAS Belum Muktamad Guna Logo PN Dalam PRU15

- Advertisement -

MARANG – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih belum dimuktamadkan.

Beliau berkata, kenyataan berkaitan penggunaan logo tersebut merupakan cadangan dan pandangan daripada beberapa pihak, namun, di peringkat parti, keputusan masih belum dibuat.

“Tapi, parti akan bincang (mengenai penggunaan logo PN). Kita guna logo PN untuk dua pilihan raya besar di Johor dan Melaka. Kita guna logo PN walaupun calon Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Marang di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mengatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas sudah membuat keputusan sebelum ini untuk menggunakan logo PN pada PRU-15.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilaporkan berkata, perkara itu turut dipersetujui Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Tuan Ibrahim berkata, perkara itu akan dimuktamadkan oleh parti apabila tiba masanya.

“Apa yang disebut Muhyiddin adalah persetujuan yang dicapai sebelum ini,” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat