Semakan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Mulai Isnin Depan – KPM

PUTRAJAYA : Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menyemak keputusan permohonan mulai Khamis hadapan, 7 Julai 2022.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, semakan keputusan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/

Sementara itu, bagi murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

Pun begitu, bagi lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022.

Bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama.

Sekiranya tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.

Mereka yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam dinyatakan dalam surat tawaran.

Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022.

KPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik.