Finas tak serbu tanpa aduan, bukti

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri menjelaskan mengenai serbuan yang dibuat di premis yang menjadi lokasi penggambaran filem pada 29 Jun lalu adalah berdasarkan aduan yang dibuat.

Menurut Idham, Finas sebagai badan bertanggungjawab menjalankan tugas dengan membuat tindakan sewajarnya.

“Kami menerima aduan dan menyerbu lokasi penggambaran itu. Bukanlah Finas menyerbu secara membabi buta, sebaliknya, ada aduan yang disertakan dengan bukti.

“Apabila pasukan dari Finas membuat serbuan, memang ada aktiviti penggambaran dijalankan. Jadi, tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang yang dibenarkan di bawah kuasa Finas,” katanya kepada Harian Metro.

Idham bagaimana pun tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan kertas siasatan kini sudah dibuka.

“Saya tak boleh kongsikan nama syarikat produksi itu dan tak boleh komen lebih lanjut kerana kertas siasatan sudah dibuka.

“Kami juga akan bekerjasama dengan pihak berwajib. Apabila kertas siasatan dibuka, kita akan lihat dan perincikan dari banyak sudut,” katanya.

Semalam, Finas mengeluarkan kenyataan mengenai serbuan yang dibuat di premis yang terletak di Sunway Velocity, Cheras, dikendalikan oleh Unit Penguatkuasa, Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan Finas.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 22 (1), Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat