Kesal Sebaran Berita Palsu, Pejabat Parlimen Kuala Kangsar Sedia Hulur Bantuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pejabat Parlimen Kuala Kangsar kesal sebaran berita palsu kononnya sebuah keluarga terputus bekalan makanan di daerah itu.

Dalam satu kenyataan pejabat Parlimen Kuala Kangsar berkata, berita tular baru-baru ini dalam temu ramah radio Suria FM pemanggil telah mendakwa keluarga berkenaan tidak menerima sebarang bantuan sehingga dua hari terputus bekalan makan dan berada dalam keadaan yang menyedihkan.

Bagaimanapun, setelah siasatan dibuat dan mengumpul maklumat daripada beberapa pihak, Pejabat Parlimen Kuala Kangsar telah bertemu dengan keluarga berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Hasil daripada pertemuaan tersebut didapati dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

“Keluarga tersebut tidak pernah terputus bekalan makanan dan tidak tahu mengapa cerita tersebut direka semasa temu ramah berkenaan.

“Keluarga tersebut juga menafikan sekeras-kerasnya keadaan yang menyatakan anak mereka tidak makan sehingga dua hari,” katanya.

Hal demikian, pihak Pejabat Parlimen Kuala Kangsar memandang serius dakwaan-dakwaan palsu seumpama ini dan menggesa supaya tindakan keras diambil kerana ia melibatkan kepentingan awam.

“Pejabat Parlimen Kuala Kangsar juga menggesa semua pihak supaya berhenti menyebarkan berita yang tidak benar dan memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum ia dikongsi.

“Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, Pejabat Parlimen Kuala Kangsar mengalu-alukan penyaluran sebarang maklumat mengenai keperluan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Namun ianya hendaklah dipastikan sahih dan benar. Kita harus sama-sama berganding bahu dalam menangani situasi sukar ini tanpa perlu mengambil kesempatan ke atas mana-mana pihak.

Talian Hotline Pejabat Parlimen Kuala Kangsar:
018-959 0985; 018-956 3473; 018-957 8729 dan 05-776 3473.

Baru-baru ini, seorang pemanggil di radio Suria FM yang dikenali sebagai Abang Din ini telah berkongsi pengalamannya dalam menghulurkan kepada sebuah keluarga di Kuala Kangsar.

Menerusi rakaman yang dikongsikan Suria FM di Instagram, Abang Din ini menceritakan kisah sebuah keluarga yang mengalami kesusahan akibat terputus bekalan makanan.

Dalam sebak tangis, dia memberitahu ketika mereka tiba di lokasi, anak-anak pemohon bantuan itu sudah terbaring tidak berdaya kerana dua hari tidak menjamah sebarang makanan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat