Radin jual baju, sedia ‘foodbank’ bantu orang susah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengacara dan penyampai radio, Radin membuat jualan barangan peribadinya untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada golongan memerlukan.

Radin berkata, lebih 50 helai baju bakal dijual dan hasil jualan bakal digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.

“Pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu, saya menjual 20 koleksi kasut sukan untuk membantu petugas barisan hadapan dan golongan kurang bernasib baik, namun tahun ini saya ambil peluang untuk meneruskan misi bantuan ini.

“Kali ini saya akan menjual lebih 50 helai baju peribadi dan semuanya masih bagus. Malah ada diantaranya tidak pernah dipakai dan edisi terhad.

“Saya akan menjual barangan peribadi ini di Instagram Story dan hasil jualan akan disalurkan bagi membeli barangan keperluan asas seperti beras, susu, gula dan tuala wanita. Saya akan menyediakan ‘foodbank’ untuk memudahkan urusan bantuan ini. Insha-Allah lokasinya di Seksyen 13, Shah Alam,” katanya.

Menurut Radin, dia terpanggil untuk meneruskan misi bantuan itu kerana begitu terkesan dengan nasib yang menimpa rakyat Malaysia ketika ini.

“Barangan keperluan asas yang diletakkan nanti bukan konsep siapa cepat, dia dapat. Tapi kena fikir orang lain yang lebih memerlukan.

“Sejujurnya dalam hidup ini, saya kerja sebab ibu saya. Tapi apabila ibu sudah meninggal dunia, saya mula terfikir apa lagi yang nak dibuat.

“Kebetulan ramai yang hantar mesej peribadi meminta bantuan, jadi saya ambil peluang ini untuk membantu dan meringankan beban mereka.

“Saya juga yakin apabila saya terbabit dengan projek sebegini, pasti lebih ramai selebriti akan turut serta dan melakukan misi bantuan ini,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat