Zahid pula label pembangkang cap ayam, ajak sokong segerakan PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulangkan paku buah keras dengan melabel pembangkang sebagai “cap ayam”.

Presiden UMNO itu juga mengatakan MoU dimeterai pembangkang cumalah sebuah kepura-puraan yang nyata.

“Pemimpin pembangkang melabelkan kerajaan campuran hari ini sebagai kerajaan cap ayam.

“Sekali gus mengancam mahu menggerakkan rakyat bagi menyuarakan kemarahan terhadap kerajaan cap ayam.

“Cermin-cerminkan diri wahai saudara. Usah mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar. Kelak terkena batang hidung sendiri,” bidas Zahid dalam kenyataan pada Jumaat.

Zahid berkata demikian sebagai respons kepada Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah, Azam Mektar yang dalam kenyataannya membalas dakwaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pengundi perlu menghukum Pakatan Harapan (PH) kerana meletakkan menteri “cap ayam” yang tidak cekap untuk mentadbir Putrajaya.

Menurut Azam, Najib berusaha menarik simpati perwakilan Barisan Nasional (BN) dan rakyat bagi menggambarkan dirinya mangsa ketidakadilan sedangkan dia telah didapati bersalah oleh mahkamah tinggi.

“Konvensyen BN sepatutnya diambil kesempatan mengangkat isu permasalahan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup dan barang keperluan yang naik mendadak,” katanya.

Malah Azam juga berkata sebenarnya BN yang mempunyai reputasi menteri “cap ayam.”

Hal demikian, Zahid yang juga Pengerusi BN menegaskan kerajaan yang mereka labelkan cap ayam ini turut dibarisi pemimpin yang pernah bersekongkol dengan mereka.

“Senada dan seiringan membentuk kerajaan 22 bulan selepas menang PRU-14 hasil fitnah dan pembohongan.

“Namun tumbang dengan sendirinya angkara tiada keberkatan dan kestabilan politik sesama mereka.

“Maka haruslah BN ketika itu membenarkan segelintir Ahli Parlimennya menjalin kerjasama sementara demi kelangsungan pentadbiran negara,” ujarnya.

Tambah beliau, jika pembangkang berpegang kepada kata, maka “walk the talk” dan menyokong diadakan segera PRU-15.

“Kita serahkan semula mandat kepada rakyat menentukan kerajaan baharu berdasarkan lunas demokrasi.

“Bukan menjadikan kerajaan hari ini sebagai kesempatan mengulangi politik amarah dan kebencian,” bidas Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat