GST: Rakyat sudah cukup terhimpit- Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ambil kira kebajikan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah sekiranya kerajaan bercadang melaksanakan semula Sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), gesa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Tegas beliau, kerajaan dilarang mengenakan cukai itu terhadap barangan asasi kerana rakyat sudah terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos hidup yang berlaku sekarang.

Hadi berkata, kerajaan perlu mengambil kira semua aspek dan membuat pertimbangan sewajarnya jika ingin melaksanakan semula GST kerana sebarang keputusan yang diambil kelak perlu mengambil kira kebajikan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

“Jangan kenakan cukai terhadap barangan asasi…rakyat sudah terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos hidup yang berlaku sekarang.

“Pertimbangkan ia dengan cara yang saksama iaitu kesannya terhadap bebanan rakyat dan tanggungjawab (yang perlu dilakukan) kerajaan,” katanya memetik Bernama di Masjid Rusila di Marang, pada Jumaat.

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam wawancara khas bersama kumpulan media, Nikkei Asia di Tokyo berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan GST.

Ia sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat selain GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat