Pemuda UMNO Cadang Garis Panduan Lebih Konkrit Tangani Covid-19

- Advertisement -

KANGAR : Pergerakan Pemuda UMNO mengariskan beberapa cadangan daripada segi penambahbaikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 selepas melihat pelaksanaannya sebelum ini gagal membendung penularan Covid-19 yang naik mendadak sehingga 5,000 kes sehari.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, garis panduan yang lebih konkrit perlu dirangka dalam menangani Covid-19 supaya tidak menyusahkan rakyat dan membunuh ekonomi negara.

Katanya, antara cadangan tersebut adalah kerajaan perlu mengariskan zon merah, kuning, jingga dan hijau mengikut lokaliti secara lebih spesifik membabitkan daerah.

Selain itu, katanya, sekolah perlu dibuka di kawasan yang tidak merekodkan kes pandemik tersebut dalam tempoh 14 hari.

“Operasi perniagaan di daerah atau mukim yang tidak merekodkan kes mesti diberikan kebenaran menjalankan perniagaan seperti biasa.

“Pihak polis dan tentera juga perlu membuat rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi yang mencatatkan kes tinggi seperti tapak pembinaan, kilang, ladang dan daerah atau mukim yang merekodkan lebih daripada 100 kes.

“SOP juga perlu diselaraskan dan ditambahbaik supaya rakyat tidak lagi keliru berkaitan soal SOP,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, kes harian Covid-19 yang tinggi antara punca Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melanjutkan lagi PKP 2.0 sehingga 18 Februari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Kementerian Kesihatan mendapati kadar positif dalam kluster meningkat sehingga 40 peratus selain penularan jangkitan sporadik yang tinggi.

Namun, keputusan itu memberi kesan buruk terhadap pelbagai sektor ekonomi seperti 85 peratus syarikat dalam industri pelancongan dan pengangkutan berpotensi gulung tikar, 30 peratus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak lagi mampu meneruskan operasi.

Sementara itu, Shahrul Nasrun berkata, kerajaan juga perlu mempertimbangkan penambahbaikan daripada segi pakej bantuan kepada peniaga dan keluarga yang terjejas berikutan PKP.

“Banyak sektor perniagaan yang dilihat menerima tekanan hebat dan berisiko tidak mampu bertahan akibat lanjutan PKP yang pastinya akan menjejaskan pendapatan mereka,” katanya.

-UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat