SPRM tahan bekas Pengerusi MARA Inc

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi MARA  Incorporated Sendirian Berhad (MARA Inc), Datuk Mohammad Llan Allani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Sebelum ini media melaporkan dua pegawai kanan MARA Inc, iaitu Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya akan direhatkan buat seketika sementara menunggu siasatan ke atas pembelian hartanah di Melbourne selesai.

Dua pegawai kanan terbabit iaitu Datuk Mohammad Llan Allani dan Datuk Abd Halim A Rahim masing-masing.

Terdahulu bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa  telah melantik juruaudit bertauliah PricewaterhouseCoopers (PWC) untuk membantu menyiasat segala perolehan MARA Incorporated Sdn Bhd di luar negara.

Tindakan itu diambil katanya bagi menjaga intergriti MARA .

“Walau bagaimanapun, ia tidak bermaksud, kami telah mendapati terdapat perbuatan salah laku oleh kedua-dua pegawai atasan ini.

“Siasatan yang bakal dilakukan mencakupi semua aspek. Tidak dihadkan kepada pembelian Dudley International House sahaja,” jelas Annuar.

Annuar turut menyentuh kenyataan Polis Diraja Malaysia bahawa tiada unsur pecah amanah dalam kes ini.

Namun, menurut beliau, MARA kurang berpuas hati dan akan bertemu PDRM untuk memberi kerjasama seterusnya.

Isu pembelian hartanah oleh MARA Inc menjadi tumpuan selepas akhbar Australia The Age melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan dana kerajaan secara berlebihan untuk membeli satu blok pangsapuri di Melbourne.

Akhbar itu mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ telah terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri itu pada 2013.

The Age melaporkan ketiga-tiga pegawai itu didakwa ‘membida lebih tinggi’ bagi bangunan Dudley International House iaitu daripada A$17.8 (RM51.5 juta) juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dan mendakwa wang perbezaan itu dijadikan rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli MARA, yang turut menyediakan biasiswa untuk penuntut Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat itu di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar MARA di Monash University.

Dilaporkan MARA Inc mempunyai aset bernilai RM600 juta di Australia dan United Kingdom.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat