Malaysia ingatkan syarikat China tak jadikan Malaysia tempat elak tarif AS

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Syarikat China digesa supaya tidak memanfaatkan Malaysia sebagai pangkalan pengeluaran semula (rebadge) produk bagi mengelak tarif Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata demikian di tengah-tengah peningkatan sekatan eksport dan kebimbangan perang perdagangan AS-China.

Washington dijangka terus mengekang eksport kepada pembuat alat semikonduktor China dan penjualan peralatan pembuatan cip tertentu, termasuk produk yang dikeluarkan di Malaysia, Singapura dan Taiwan, kata sumber kepada Reuters.

Malaysia ialah pemain utama dalam industri semikonduktor, menyumbang 13 peratus daripada ujian dan pembungkusan global, dan dilihat berada pada kedudukan yang baik untuk merebut perniagaan selanjutnya dalam sektor itu apabila firma cip China berkembang ke luar negara untuk keperluan pemasangan.

“Sejak setahun lalu atau lebih… saya telah menasihatkan banyak perniagaan dari China supaya tidak melabur di Malaysia jika mereka hanya berfikir untuk mengeluarkan semula produk mereka melalui negara ini untuk mengelakkan tarif AS,” kata Chin Tong dalam satu forum hari ini.

Chin Tong berkata, tidak kira sama ada AS di bawah pentadbiran Demokratik atau Republikan, ekonomi terbesar dunia itu akan mengenakan tarif, seperti yang dilihat dalam sektor panel solar.

Washington mengenakan tarif ke atas eksport solar dari Vietnam, Thailand, Malaysia dan Kemboja – lokasi kepada kilang milik firma China – tahun lalu dan memperluaskannya pada Oktober berikutan aduan daripada pengilang di AS.

Presiden terpilih AS, Donald Trump telah mengancam untuk mengenakan tarif tambahan 10 peratus ke atas semua import China apabila beliau memegang jawatan pada 20 Januari depan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat