Kerajaan Bayar RM5.8 bilion Kepada TNB Supaya Tarif Elektrik Kekal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan tarif elektrik bagi semua pengguna untuk separuh tahun kedua 2022 walaupun kos penjanaan elekrik telah meningkat, dengan memperuntukkan subsidi sebanyak RM5.8 bilion.

Ini susulan kenaikan harga arang batu pada pertengahan 2022 yang mencecah USD400 se tan metrik daripada USD80 se tan metrik, mampu menjejaskan dan membebankan kedudukan ekonomi isi rumah rakyat Malaysia serta memberi kesan terhadap penjanaan elektrik negara.

Lebih 80 peratus daripada elektrik yang dijana di Malaysia menggunakan arang batu dan gas.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kerajaan akan membayar RM5.8 bilion kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya tidak terkesan daripada kenaikan mendadak harga bahan api untuk penjanaan elektrik selaras dengan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).

“Sehubungan itu, kerajaan juga memberi jaminan ke atas pembiayaan TNB sehingga RM6 bilion untuk memastikan operasi syarikat tersebut menjana bekalan elektrik tidak akan terganggu bagi manfaat Keluarga Malaysia, di samping memangkin kemampanan industri tenaga negara.

“Pengguna domestik kategori kediaman serta pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri di Semenanjung Malaysia tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2022 melalui pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT),” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-109 yang diterbitkan pada Jumaat.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM77.7 bilion keperluan subsidi 2022 bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

Bagi petrol, diesel dan LPG sebanyak RM41.7 bilion, minyak masak paket 1kg (COSS) dan minyak masak botol sebanyak RM3 bilion, subsidi bil elektrik pula sebanyak RM5.8 bilion manakala subsidi kepenggunaan lain RM1.5 bilion juga bantuan-bantuan lain termasuk bantuan tunai, pendidikan, pengangkutan dan pertanian membabitkan jumlah RM25.7 bilion.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat