Dewan Ulama PAS mahu individu terlibat kes rasuah, penyelewengan dihalang jadi calon pilihan raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Dewan Ulama PAS menyuarakan cadangan agar individu yang pernah mengeluarkan kenyataan menggugat keharmonian negara serta terpalit dengan kes salah laku, penyelewengan dan rasuah digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya.

Ketuanya, Senator Ahmad Yahya berkata, cadangan itu wajar diteliti kerajaan berdasarkan keadaan semasa.

“Hal yang demikian termasuklah mereka yang sedang dalam perbicaraan mahkamah dalam kes salah laku, penyelewengan dan rasuah, juga tidak wajar diberi peluang untuk bertanding kerana kita bimbang mereka akan menggunakan kedudukan mereka untuk mengelak daripada dikenakan tindakan.

“Dalam aspek ini kita mengharapkan agar kes-kes melibatkan rasuah dan salah laku para pemimpin parti politik dapat disegerakan perbicaraannya di mahkamah supaya proses pembersihan pemimpin politik dapat dilakukan dengan efektif.

“Kita semua perlu mengangkat semula maruah demokrasi dalam negara selaras dengan prinsip Islam,” katanya memetik laporan Malaysiakini ketika menyampaikan ucap utama sempena Muktamar Dewan Ulama PAS kali ke-61 di Guar Chempedak, Kedah.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kejayaan kerajaan meluluskan pindaan Perlembagaan berhubung larangan ahli dewan rakyat bertukar parti.

Sehubungan itu, dalam ucapannya, Ahmad berkata jika cadangan itu diambil kira, ia bukan hanya melibatkan individu serta parti tetapi ia akan membawa perubahan dalam ekosistem politik negara secara keseluruhan.

Malah, katanya, kerajaan juga wajar mengetatkan syarat kelayakan individu untuk bertanding pilihan raya sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen memandangkan syarat sedia ada ketika ini dilihat masih longgar.

“Bukan sahaja parti politik perlu berevolusi bagi memastikan perlembagaan parti disesuaikan dengan pindaan larangan antilompat parti, bahkan para pengundi turut memainkan peranan bagi memastikan sokongan diberikan kepada golongan yang benar-benar bersih dalam pilihan raya kelak.

“Dewan Ulama PAS berpandangan pindaan ini perlu diperluas menyentuh soal integriti calon dan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Kita perlu bergerak ke arah kematangan demokrasi.

“Kita mengharapkan agar amalan demokrasi terus subur dan bersih daripada budaya rasuah dan salah laku sehingga akhirnya mengorbankan kepentingan rakyat,” jelasnya.

“Syarat yang menggugurkan kelayakan seseorang menjadi calon adalah kesalahan bagi hukuman penjara satu tahun ke atas serta denda melebihi RM2,000 atau seseorang itu telah mengisytiharkan kesetiaannya kepada negara lain.

“Perkara ini kelihatan masih longgar tidak sejajar dengan ketegasan yang dipamerkan dalam pindaan perlembagaan tersebut,” kata Ahmad lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat