Awesome TV Ke Udara Secara Percuma Mulai Esok

- Advertisement -

TANGGAL 3 Ogos 2020, rakyat Malaysia mulai teruja apabila dapat saksi sebuah lagi stesen televisyen swasta ke udara secara percuma yang ‘lahir’ mewarnai arena penyiaran tempatan.

Dikenali Awesome TV, stesen milik Awesome Media Network Berhad itu telah dilancarkan siaran percubaannya sejak 28 Julai lalu dalam format gambar 16:9 televisyen berdefinisi tinggi (HDTV).

Uniknya, dengan slogan ‘Memang Ohsem!’, ia muncul sebagai saluran televisyen free-to-air atau bebas-ke-udara yang operasi rasmi siaran sulungnya tanpa guna pun pemancar sistem analog.

Ia sebaliknya ‘temui’ penonton terus melalui gelombang digital teresterial television (DTT) ekoran pemansuhan isyarat generasi lama tersebut pada 30 September tahun lepas di seluruh negara.

Menariknya, stesen baharu ini juga jelas dapat ditonton oleh warga di Brunei, Singapura, selatan Thailand dan sebahagian Indonesia menerusi sistem dekoder DTT sama di negara jiran terbabit.

Meskipun dianggap bongsu, Awesome TV ternyata sudah gerak kempen promosi sejak awal Mei lalu menerusi pelbagai platform media sosial bagi hebah kehadiran stesen termuda berkenaan.

Dengan lebih 50 program menarik telah disusun, saluran TV ini tentunya belajar ‘sejarah’ dibuat oleh beberapa stesen swasta percuma yang ada sebelum itu tetapi kemudian terpaksa berkubur.

Kos operasi yang terlalu tinggi, tiada program unik dan kurang sumber iklan diketahui jadi antara sebab utama kes ‘kematian’ stesen tersebut, misalnya Worldview Broadcasting Channel (WBC).

Saluran pelbagai bahasa cuba ‘tiru’ konsep stesen global Bloomberg TV itu hanya bertahan tidak sampai pun setahun dek faktor kewangan waima kawasan liputan agak terhad di Lembah Klang.

Ada bernasib baik ‘diselamatkan’ syarikat lain yang lebih kukuh seperti MetroVision dan Channel 9 apabila diambil alih Media Prima Berhad, namun dijenamakan semula sebagai 8TV dan TV9.

Begitu juga ntv7 ‘dibeli’ syarikat sama tetapi masih kekal nama, manakala ada bernasib malang langsung ditutup seperti dialami oleh Capital TV apabila diubah jenamanya kepada Channel W.

Justeru, kelahiran Awesome TV pastinya jadi pengubat bagi keluarga tidak mampu langgan bil bulanan stesen berbayar satelit Astro atau kabel UnifiTV yang dianggapnya eksklusif dan mahal.

Bahkan, Awesome TV tidak perlu kerana sudah ada lebih lima juta isirumah dari kategori B40 di negara ini yang dilengkapi alat penerima siaran DTT sama ada dekoder MYTV atau jenama lain.

Ini bermakna saingan stesen tersebut hanyalah babit lima saluran kerajaan RTM serta tujuh lagi saluran Media Prima Berhad, selain milik agensi awam lain iaitu Bernama TV dan TV AlHijrah.

Hakikatnya, kemunculan Awesome TV telah ‘buka laluan’ pelbagai syarikat swasta untuk turut mewujudkan saluran televisyen percuma baharu menerusi wadah penyiaran digital MyFreeview.

Projek nasional kerajaan dilancarkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2016 itu bermatlamat rapat jurang rakyat marhaen tidak mampu nikmati siaran berbayar digital.

Ia juga bakal tawarkan 80 saluran televisyen dan 40 saluran radio secara digital percuma yang jelas berita gembira bagi jenis ‘kaki TV’, malah Awesome TV ini baru sahaja langkah permulaan!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat