Sukarelawan NGO Ditahan Disyaki Bunuh Isteri – Polis

Rasuah RM2 Juta: Rayuan Ku Nan terhadap sabitan dan hukuman didengar 22 April

KUALA LUMPUR: Rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta...

Akibat isu peribadi, Shuk digantung sementara bertugas di Hot FM

CYBERJAYA: Ekoran dari tular di media sosial masalah peribadi yang dihadapi oleh pelawak Shuk Sahar, pengurusan Hot FM menggantung sementara tugas di solt Geng...

Pandang Pertama Samsung Galaxy S21 Ultra, Rekaan Yang Lebih Kemas, Kompak Dan Premium

Setelah pelbagai ura-ura tertiris sepanjang 2020, akhirnya Samsung pada 14 Januari lalu telah melancarkan peranti flagship terbaru mereka menerusi siri Galaxy S-series. Siri flagship yang mulai diperkenalkan sejak...

Doalah Covid-19 berakhir

Setiap Muslim diwajibkan untuk menunaikan solat Jumaat. Perhimpunan mingguan umat Islam yang ditunaikan sebagai perintah agama menunjukkan keutuhan umat yang melaksanakan ibadah secara berjemaah....

Pelakon Song Yu Jung meninggal dunia

Seoul: Pelakon Song Yu Jung meninggal dunia pada usia 26 tahun, kelmarin dan dikebumikan pada jam 12.30 tengah hari, hari ini. Bagaimanapun, sumber daripada agensinya...

PUTRAJAYA – Seorang sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan berusia 41 tahun ditahan reman sehingga 6 Ogos bagi membantu siasatan polis selepas dipercayai menjerut leher isterinya sehingga mati dengan tudung yang dipakai mangsa dalam sebuah kenderaan di Putra Perdana, Dengkil pada petang Rabu, dua hari sebelum sambutan Aidiladha.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata setelah mendapati mangsa, seorang pensyarah universiti awam berusia 40 tahun, sudah tidak bernyawa, suspek dipercayai memandu Perodua Myvi terlibat menghala ke Tasik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Pinggiran Cyberjaya dan meletakkan mayat mangsa di tempat pemandu sebelum meninggalkan kenderaan itu dengan enjin dihidupkan.

“Selepas itu, suspek pulang ke rumah dan keluar bersama anak perempuannya berusia 14 tahun dengan perkhidmatan e-hailing kononnya untuk mencari mangsa yang didakwa tidak pulang ke rumah sejak 4 petang hari yang sama. Suspek mendakwa beliau bersama pemandu perkhidmatan e-hailing menemui kenderaan mangsa selepas tengah malam dan menghubungi polis setelah mendapati mangsa tidak bergerak.

“Bedah siasat yang dijalankan pada 30 Julai mendapati punca kematian ialah akibat dijerut dan suspek ditangkap di pekarangan Hospital Serdang pada 12.30 tengah hari tarikh yang sama,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek mengaku membunuh isterinya kerana mangsa berkeras untuk bercerai selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

“Suspek turut menunjukkan tempat barangan si mati dibuang dan mengaku merosakkan telefon milik si mati sebelum membuangnya,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Berita Berkaitan

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...

4,427 Pesakit Covid Sembuh, 3,346 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan sebanyak 3,346 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad dengan 11 lagi kes kematian. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian...