Skandal Terowong: Guan Eng, 4 Exco Antara Di Dakwa Terima Suapan RM800 Ribu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di dakwa menerima suapan berupa wang tunai berjumlah RM600 ribu serta seutas jam mewah jenama Maurice Locroix berharga RM40 ribu.

Turut di dakwa menerima suapan, empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang berjumlah RM50 ribu seorang bagi mamastikan cadangan membina projek terowong dasar laut di negeri itu berjalan lancar.

Mereka ialah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy; bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Lim Hock Seng; dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Abdul Malek Kassim.

Perkara itu di dedahkan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin melalui satu dokumen siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setebal 36 muka surat yang dimuatnaik di laman web beliau.

Melalui dokumen tersebut, Pengerusi Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mengaku telah menyerahkan sendiri wang tunai tersebut kepada semua penama sebagai sogokan.

“Itu adalah duit rasuah saya kepada YB Lim Guan Eng. Selaku Ketua Menteri tentunya beliau mempunyai kuasa dalam membuat keputusan atas apa-apa cadangan dalam mesyuarat berkaitan dengan projek ini, lebih lebih lagi dalam mesyuarat exco.

“Mereka mempunyai kuasa dalam menentukan projek ini. Banyak keputusan boleh tertangguh jika YB-YB Exco dan Ketua Menteri tidak masuk campur dan mengganggu projek ini. Saya diberikan projek yang memakan masa 10 tahun iaitu dari 2013 hingga 2023, tentunya sebarang keputusan boleh diubah oleh YB-YB diatas.

“Satu lagi ianya melibatkan pengambilan tanah, tentunya melibatkan keputusan dari YB YB diatas dan Ketua Menteri,” memetik kenyataan Zarul ketika menjawab soalan yang diajukan pegawai SPRM.

Ekoran pendedahan tersebut, DAP Pulau Pinang mendakwa dokumen tersebut adalah palsu kerana mengeluarkan dakwaan tidak berasas berkaitan projek terbabit.

Sumber SPRM bagaimanapun berkata pihaknya telah membuat satu laporan polis terhadap Raja Petra kerana ‘membocorkan bukti’ berkaitan skandal projek terowong dasar laut itu.

SPRM baru-baru ini telah menyambung semula siasatan ke atas projek terowong dasar laut itu dengan menyerbu 3 syarikat yang berkaitan, susulan penahanan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffry Chew.

Projek terowong dasar laut dan 3 lebuh raya utama bernilai RM6.3 bilion itu yang dicadangkan kerajaan Pulau Pinang bertujuan mengurangkan lalu lintas di jambatan pertama.

Pembinaan terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, dijadualkan bermula 2023.

Tiga lebuh raya utama itu dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (5.7km), Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (10.53km) dan Jalan Pangkor ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.1km).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat