Laporan Mengenai Kebocoran Bukti, Bukan Dokumen Palsu Kata Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan sebuah parti pembangkang bahawa dokumen mengenai siasatan terowong bawah laut Pulau Pinang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibocorkan blogger Raja Petra Kamarudin tahun lepas, adalah palsu.

Beliau memetik laporan media mengenai satu laporan polis yang dibuat SPRM mengenai perkara tersebut yang menyatakan tentang “kebocoran bukti”, bukan “dokumen palsu” seperti yang di dakwa parti pembangkang berkenaan.

“Aiks? Tapi DAP kata laporan polis itu ialah untuk dokumen palsu?”

“Maksudnya kertas siasatan SPRM yang dibongkar RPK awal tahun lepas itu adalah sahih!”, tulis Najib di laman Facebooknya.

“Maksudnya memang benar pemimpin-pemimpin DAP terlibat dalam rasuah besar seperti yang diaku dalam kenyataan pengakuan pemilik syarikat terowong kepada SPRM”, kata Najib lagi.

Beliau turut menyertakan pautan dokumen yang dibocorkan itu diakhir hantarannya.

Pautan asal tulisan Perdana Menteri Ke Enam itu, boleh dirujuk disini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat