Ibu Tunggal Sewa PPR Bersyukur Diberi Hak Milik Rumah Percuma

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seolah mimpi yang menjadi kenyataan, ibu tunggal kepada empat orang anak diberikan rumah yang disewanya selama 12 tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg Muhibbah.

Impian Siti Zainah Mohd Zain, 44, untuk memiliki kediaman akhirnya tercapai menerusi program Baiti Jannati 2020.

“Saya tidak sangka, seolah-olah macam mimpi sahaja, tidak percaya, selama ini menyewa akhirnya diberikan (rumah),” katanya.

Terdahulu Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyerahkan surat pemakluman menyatakan bahawa Zainah terpilih menerima rumah yang disewanya menerusi program berkenaan.

Zainah merupakan penerima pertama untuk tahun ini.

Kehilangan suami sejak tiga tahun lalu yang meninggal dunia akibat sakit jantung, rumah itu dihuninya bersama empat anak dan dua cucunya.

Hanya bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal berjumlah RM700, Zainah berkata, kesukaran hidupnya beberapa tahun ini memaksa beliau menjual besi buruk demi kelangsungan hidup.

“Kadang belum dapat bantuan wang makan sudah habis, jadi saya cari barang besi buruk, saya jual. Dapat RM50 untuk beli makan, (barang) dapur kami,” katanya sambil menahan sebak.

Ujar Zainah, jika sebelum ini anak perempuannya yang bekerja akan membantu membeli barang dapur, namun akibat pandemik Covid-19, anaknya telah diberhentikan kerja beberapa bulan lalu.

Malah akibat kekangan kewangan beberapa bulan ini, Zainah tidak mampu membayar sewa rumah, sehingga jumlah tunggakan lebih RM600.

Hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ selama ini, beliau akhirnya dapat menghela nafas dalam masa yang sama menzahirkan kesyukuran kerana kelak beliau dan anak-anaknya dapat berjimat apabila tidak perlu lagi membayar sewa rumah sebanyak RM124 sebulan.

Malahan tunggakan sewa juga dimaklumkan tidak perlu dilunaskannya kerana beliau telah menjadi pemilik kekal rumah tersebut.

“Bersyukur sebab duit yang dapat dari bantuan nanti saya boleh guna beli barang makananlah,” tambahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat