Skandal Rasuah Terowong: Bekas Supol Guan Eng Direman 4 Hari

- Advertisement -

Georgetown – Bekas setiausaha politik (Supol) Lim Guan Eng direman 4 hari untuk membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 billion.

Peguam RSN Rayer yang mewakili Jeffry Chew berkata SPRM memohon perintah reman 7 hari.

Katanya, selepas mendengar hujah pihak pembelaan, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Nur Fadrina Zulkhairi membenarkan reman 4 hari.

“Saya tidak dapat beritahu anda apa-apa lagi.

“Ia adalah siasatan SPRM berdasarkan satu laporan yang dilaporkan kepada mereka baru-baru ini,” kata Rayer ketika ditemui wartawan di Lokap Berpusat Bayan Baru.

Jeffrey yang juga merupakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dilantik oleh Anthony Loke sejurus selepas Pakatan Harapan menang dalam pilihanraya umum ke14 yang lalu.

Dia ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah, pada Selasa.

Menurut sumber, penahanan tersebut berkaitan laporan rasuah dan salah laku kuasa berhubung projek tersebut.

Sumber turut mendedahkan SPRM akan memanggil beberapa exco negeri itu dan pegawai dari Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk disoal siasat.

Agensi anti-rasuah itu sudah menyoal siasat beberapa ahli politik dan pegawai negeri itu pada Februari 2018, hanya 3 bulan sebelum pertukaran kerajaan susulan pilihan raya umum pada Mei tahun itu.

SPRM dalam satu kenyataan 4 Mac tahun lalu, mengesahkan sudah membuka enam kertas siasatan berkaitan projek tersebut.

Dalam kenyataan itu, SPRM memaklumkan, kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017, manakala lima lagi dibuka pada Januari 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat