Najib Gesa Malaysia Lebih Tegas Terhadap Insiden Pencerobohan Kuasa Besar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Negara lain termasuk kuasa-kuasa besar perlu hormat kepada Malaysia,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulas insiden ruang udara Malaysia diceroboh pesawat tentera China.

Katanya, insiden-insiden umum seperti dua insiden ini dalam tempoh masa kurang lapan bulan tidak pernah berlaku pada masa dahulu.

Tegas Najib, diharapkan ketua kerajaan sekarang akan bertegas semasa berbincang dengan negara-negara terbabit agar ianya tidak diulang sebab ianya bakal melemahkan kedaulatan negara.

“Negara lain termasuk kuasa-kuasa besar perlu hormat pada Malaysia,” kata beliau.

Najib menyorot insiden pada September, 11 2020 apabila sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) didakwa menggunakan kod transponder untuk menyamar sebagai pesawat dari Malaysia secara elektronik sewaktu mengintip pangkalan tentera China.

Pesawat pengintip RC-135W Rivet Joint terbang dari pulau Hainan, terbang pada jarak 90 kilometer (km) dari daratan China.

Inisiatif Penyelidikan Laut China Selatan, pasukan pakar yang dikendalikan kerajaan China berkongsi paparan skrin mengenai hal itu.

Ia menunjukkan RC-135W berlepas dari Pangkalan Udara Kadena, sebuah pangkalan Tentera Udara AS di pulau Okinawa dan terbang ke arah barat daya, mengikuti rantaian kepulauan Ryukyu, melewati Taiwan, untuk melayari pantai Pulau Hainan.

“Nombor Mode-S Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pesawat, pengecam 24-bit yang diberikan kepada semua pesawat dan disiarkan oleh transponder onboard, adalah AE01CE.

“Pada satu ketika, nombor Mode-S pesawat tiba-tiba berubah, dari AE01CE menjadi 750548.

“Itu nombor ICAO untuk pesawat Malaysia yang tidak diketahui,” lapor syarikat penerbitan dari AS.

Malah baru-baru ini pula, sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara milik China iaitu People’s Liberation Army-Air Force (PLAAF) telah dikesan memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada pukul 11.53 pagi.

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal ‘in-trail’ pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain dan formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” katanya.

Menurut Ackbal, kesemua pesawat tersebut dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang Zon Maritim Malaysia (ZMM) Kota Kinabalu FIR.

“Pesawat-pesawat itu seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

“Susulan kejadian itu, pihak TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat