Satu kapal, dua nakhoda punca masalah Search

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kegagalan kumpulan rock legenda, Search melantik pengurus sejak 20 tahun lalu dianggap pemain gitar, Noordin Mohd Taib sebagai suatu kesilapan untuk band gah yang mencipta legasi sendiri sejak era 1980-an.

Noordin atau mesra disapa Din mendakwa, selepas tidak diuruskan Datuk Aziz Bakar, banyak perkara yang disifatkan tidak ‘seronok’ berlaku kepada band berkenaan.

Sejak itu, dakwanya, pelbagai kemelut melanda termasuk pertikaian bekas vokalis Search, Amy dan pemain bes, Nasir Daud serta waris pemain dram, Allahyarham Yazit Ahmad mengenai isu penggunaan nama Search bagi tujuan perniagaan dan komersial yang didakwa tidak mendapat kebenaran.

Isu itu dianggap Din sebagai kontroversi paling buruk sejak dia menyertai kumpulan itu pada 1984.

“Saya tidak tahu kenapa, tetapi, sejak 20 tahun kebelakangan ini, banyak perkara tidak ‘seronok’ berlaku dalam Search,” dakwanya.

Din mendakwa ada ahli band mempunyai konflik kepentingan sendiri seperti campur tangan pihak lain yang tidak tahu apa-apa menyebabkan kemelut Search menjadi lebih teruk.

“Sebelum ini, saya pernah suarakan kenapa tidak ambil saja pengurus. Search adalah satu nama besar, jadi kita perlukan pasukan pengurusan yang bagus.

“Tetapi masalah itu berlanjutan sampailah sekarang. Itulah masalahnya apabila satu kapal dikemudi dua nakhoda,” dakwanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, peminat Search dikejutkan dengan kontroversi penggunaan nama Search dibangkitkan Amy, Nasir dan waris Allahyarham Yazit melalui jualan produk seperti aksesori dan pakaian jenama Search oleh Syarikat Home Of Champions (HOC).

Syarikat itu dilaporkan mendakwa Amy, Nasir dan waris Allahyarham Yazit tidak berhak membuat tuntutan ke atas penggunaan jenama kumpulan itu berikutan nama Search tidak berdaftar di bawah tanda dagang atau ‘trademark’.

Peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar dari Tetuan Sharif Ridzuan & Co yang mewakili HOC mendakwa, tiada anggota Search berhak memiliki band itu sepenuhnya berikutan nama Search tidak berdaftar di bawah tanda dagang.

Malah, Syed Azimal Amir mendakwa, Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman tidak berhak membuat tuntutan berikutan sudah meninggalkan kumpulan itu secara rasmi, Mac tahun lalu.

 

Pemain gitar, Din mendakwa tidak melantik pengurus sejak 20 tahun lalu dianggap satu kesilapan.
Pemain gitar, Din mendakwa tidak melantik pengurus sejak 20 tahun lalu dianggap satu kesilapan.

Bagi Din, semua anggota Search sudah lebih 40 tahun berkawan, malah hubungan dianggap seperti sebuah keluarga.

“Bagi saya, tidak seronok bergaduh macam ini, nampak seperti budak-budak. Kenapa selepas berkawan lama, baru sekarang mereka bangkitkan mengenai hak dan harta intelek?

“Saya tidak pernah berniat nak bolot semua. Niat saya bekerjasama dengan HOC untuk membantu mereka,” dakwanya.

Din menafikan tuduhan konon ‘memandai-mandai’ merancang sesuatu tanpa persetujuan Nasir. Din juga yakin rakan sekumpulannya itu sedar mengenai projek yang diusahakan bersama HOC.

“Kami meneruskan jualan aksesori dan produk jenama Search berikutan modal sudah banyak dikeluarkan. Apatah lagi kami sudah menjalin banyak hubungan dengan syarikat luar.

“Apabila timbul isu begini, ia akan meninggalkan reputasi tidak baik kepada kami,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat