Mengapa Aidilfitri disambut Isnin bertentangan dengan falak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini berhadapan kejutan penuh bermakna apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh 1hb syawal 1443 Hijrah jatuh pada hari Isnin, 2 Mei 2022.

Ia merupakan sehari lebih awal berbanding penetapan awal oleh ahli falak tempatan. Sebelum ini ahli falak tempatan menganggarkan umat Islam di negara ini akan menyambut Aidilfitri pada hari Selasa, 3 Mei 2022.

Sejak berdekad lamanya, pengumuman tarikh 1 Syawal sentiasa selari dengan dapatan awal ahli falak atau astronomi tempatan.

Namun malam tadi, melalui saluran televisyen rasmi kerajaan, RTM, malam tadi, Syed Danial mengumumkan, “Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022.”

Sementara itu, Ahli Astronomi Islam, Ahli Astrofizik dan Panel Pakar Falak, JAKIM, Prof Dato Dr Zambri Zainuddin, menjelaskan pengumuman tarikh 1 Syawal pada hari Isnin 2022 berikutan anak bulan telah kelihatan di balai cerapan Pulau Labuan, Wilayah Persekutuan dan Brunei.

Sejak 1992, Malaysia telah melaksanakan kaedah pengiraan dan pemerhatian (hisab dan rukyah) dalam menentukan tarikh 1 Syawal.

Pada tahun ini, Indonesia, Malaysia, Brunei, dan Singapura bersetuju dengan kriteria baharu. Kriteria lama menyatakan, kalau anak bulan itu melebih 2° atas ufuk, esok adalah Hari Raya, atau besoknya bulan yang baru.

Dalam kriteria baharu kedudukan hilal (anak bulan)pada waktu matahari terbenam mesti melebihi 3 darjah dan jarak antara matahari dan anak bulan mesti melebihi 6.4 darjah.

Berdasarkan kriteria baharu ini, ramai ahli falak tempatan menyatakan tidak akan ada penampakan anak hilal dan umat Islam di negara ini akan menggenapkan 30 hari.

Bagaimanapun Hilal telah dilihat di Labuan dan di Brunei pada sekaligus menjadikan bulan ramadan kali ini hanya 29 hari.

Berbeza dengan Singapura yang mengamalkan kaedah hisab semata-mata, Malaysia mengamalkan hisab dan rukyah di mana kaedah pencerapan perlu dilakukan untuk mengesahkan kedudukan awal bulan yang sebenar.

Dengan penetapan 1 Syawal pada hari Isnin, Malaysia akan menyambut hari raya aidilfitri serentak dengan Arab Saudi, Indonesia, Brunei, Thailand dan kebanyakan umat Islam lain di dunia.

Umat Islam di Singapura, India, Pakistan dan Bangladesh akan menyambut aidilfitri pada Selasa, 3 mei 2022.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat