CYBERJAYA: Sempena sambutan Hari Pekerja hari ini, Perdana Menterimengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga pekerja di negara ini. Tema sambutan pada tahun ini – “Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara.”

Tema ini jelas Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, mencerminkan aspirasi kesepaduan, kesepakatan dan jalinan kerjasama Keluarga Malaysia untuk sama-sama berganding bahu memulihkan ekonomi negara ketika pasca Covid-19.

Pelbagai inisiatif kata beliau, telah dilaksanakan bagi memastikan Keluarga Malaysia dapat meneruskan kehidupan seperti Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP).

Di bawah PSU, sebanyak RM20.34 bilion telah disalurkan bagi membantu lebih daripada 350,000 majikan di seluruh negara. Inisiatif ini juga berjaya membantu mengekalkan seramai 2.95 juta pekerja dalam sektor pekerjaan.

Kerajaan tambah Ismail lagi, sentiasa membela hak pekerja Keluarga Malaysia termasuk:

i. Meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 yang memanjangkan tempoh cuti bersalin kepada 98 hari dan pemberian cuti paternity selama tujuh hari.

ii. Menambah baik amalan kerja dan kehidupan supaya lebih seimbang (Work Life Balance) dengan mengurangkan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam.

iii. Bagi mengalakkan pekerja turut aktif dalam kesatuan sekerja, Akta Kesatuan Sekerja 1959 sedang dipinda dan telah melalui bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 24 Mac tahun ini.

Kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah memperuntukkan sebanyak RM267 juta bagi menambah baik operasinya yang melibatkan kadar caruman serta faedah yang ditawarkan.

Had siling gaji bulanan yang diinsuranskan ditingkatkan daripada RM 4,000 ke RM 5,000 yang memanfaatkan seramai 9 juta pekerja khususnya pencarum PERKESO di seluruh negara.

Kadar minimum Pencen Penakat yang dibayar kepada Orang Tanggungan yang layak pula dinaikkan daripada RM475 kepada RM550 sebulan yang memberi manfaat kepada 56,000 isi rumah.

Pembukaan semula sempadan memberi ruang kepada pengambilan semula tenaga kerja asing dalam sektor￾sektor tertentu yang diperlukan oleh majikan terutamanya dalam sektor 3D (dirty, dangerous and difficult).

Namun begitu, tindakan ini bukan berhasrat untuk membelakangkan pekerja tempatan.

Satu mekanisme komprehensif akan dirangka untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing supaya warga tempatan diberi keutamaan terlebih dahulu.

Kementerian Sumber Manusia telah diminta supaya meneliti dan mengkaji aspek ini agar pekerja tempatan mendapat manfaat dengan menambah baik kadar gaji, pakej pekerjaan dan kemajuan kerjaya.

Kerajaan juga telah melancarkan portal UPSkills Malaysia untuk pekerja meningkatkan kemahiran dan m e n j a d i k a n n y a p u s a t r u j u k a n t u n g g a l y a n g menghimpunkan maklumat 6,143 penyedia latihan meliputi 35 bidang kemahiran.

Kerajaan bertegas dalam melindungi hak pekerja tempatan dan asing terutamanya isu berkaitan buruh paksa.

Sehubungan itu, Kerajaan telah meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai bukti komitmen Kerajaan untuk menghapuskan buruh paksa di negara ini.

Ratifikasi ini satu tindakan proaktif Kerajaan dalam memastikan produk dan barangan Malaysia tidak lagi dikenakan sekatan masuk ke pasaran antarabangsa kerana didakwa menggunakan buruh paksa dalam pengeluaran barangan negara ini.

Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pekerja Keluarga Malaysia.

Sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei 2022, yang kita raikan sambutannya sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan para pekerja dalam menjana kemajuan negara, sukacita saya umumkan bahawa kerajaan bersetuju;

i) Meletakkan sasaran sekurang-kurangnya sejuta ahli Keluarga Malaysia yang bekerja sendiri mendapat perlindungan insurans di bawah PERKESO menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Di bawah program ini, kerajaan akan menanggung sebanyak 80 peratus daripada jumlah yang perlu dicarum oleh individu terbabit.

ii) Mewajibkan penyediaan Taska Tempat Kerja di setiap sektor awam kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan Badan Berkanun sebelum ia diperluaskan ke sektor swasta. Kerajaan menyediakan geran tahunan RM10 juta pada tahun 2019 dan RM30 juta sejak tahun 2020 bagi inisiatif ini yang akan memberi kelegaan kepada pekerja yang mempunyai anak kecil.

iii) Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia, MyEzCover.com mulai 1 Mei. Ia adalah pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa sebarang caj faedah, ditawarkan kepada penjawat awam sebelum diperluaskan kepada sektor swasta. Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama PERKESO dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Gaji minimum RM1,500 yang berkuatkuasa 1 Mei ini merupakan hadiah kepada golongan pekerja a t a s d e d i k a s i y a n g t a n p a j e m u d a l a m membangunkan ekonomi negara.

Kerajaan yakin warga pekerja Keluarga Malaysia akan kekal berdaya tahan dan terus menjadi rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negara.

“Sekali lagi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan danmengucapkan Selamat Hari Pekerjakepada semua pekerja, pemimpin dan ahli kesatuan￾kesatuan sekerja yang ada di negara ini.”

“Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri kepada seluruh Keluarga Malaysia beragama Islam, khususnya kepada para pekerja yang diraikan.”