Raya Isnin, cuti tetap hingga rabu – Perdana Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti minggu ini bagi Wilayah Persekutuan tetap berlangsung sehingga hari rabu 4 Mei 2022 walaupun berlaku perubahan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1443H (2022).

Dalam satu kenyataan media malam tadi, Ismail Sabri menyatakakan, “selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri bagi tahun 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa 1 Syawal 1443H, Hari
Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, maka Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu, 4 Mei 2022.”

Sebelum ini bagi Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang bercuti pada Ahad, Isnin merupakan cuti ganti kepada cuti Hari Pekerja pada 1 Mei yang kebetulan jatuh pada hari Ahad. Ini diikuti dengan cuti Raya Aidilfitri selama dua hari pada 3 dan 4 Mei 2022, dengan jangkaan 1 Syawal jatuh pada 3 Mei 2022.

Bagaimanapun berikutan perubahan tarikh 1 Syawal pada 2 Mei 2022, terdapat pertindanan antara cuti Hari Pekerja dan Cuti Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Perdana Menteri, keputusan ini adalah selaras dgn peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

Bagaimanapun gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri tersebut.

Perdana Menteri menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti tambahan. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat