Terpesona panorama malam

- Advertisement -

PENGALAMAN menakluk Gunung Kinabalu antara kenangan yang masih segar dalam ingatan Zainal Abidin Bakri, 53.

Seperti yang diceritakan kepada penulis, ketika itu dia bersama rakan sekerjanya yang berkhidmat di Colgate Palmolive (M) Sdn Bhd Petaling Jaya, Selangor merancang melakukan percutian sambil menanam azam untuk menawan puncak Gunung Kinabalu.

“Saya bersama empat rakan yang terdiri daripada Kamarulzaman Amran, 53, Zulkifli Hassan, 46, dan anaknya, Mohd Izat, 20, merealisasikan impian itu.

“Di kesempatan itu juga kami tidak mahu ketinggalan untuk makan angin di sekitar bandar Kota Kinabalu. Kami bersepakat memilih pakej percutian selama empat hari tiga malam,” katanya Zainal Abidin.

Katanya, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, kami menaiki pesawat Air Asia dan perjalanan mengambil masa selama dua jam 30 minit untuk sampai di Kota Kinabalu.

“Ketibaan kami disambut penuh mesra seorang ejen pendakian. Kami kemudian menaiki sebuah van. Perjalanan ke sebuah hotel yang terletak di Kundasang sebagai lokasi penginapan memakan masa dua jam.

“Sebaik sahaja selesai urusan pendaftaran, kami hanya menghabiskan masa di hotel. Kami perlu tidur awal untuk mendapatkan rehat dan tenaga yang secukupnya,” katanya.

Menurut Zainal Abidin, keesokan harinya selepas solat Subuh dan bersarapan, seawal jam 8.00 pagi dia dan rakan bertolak menuju bahagian titik semak (check point) di Pondok Timpohon yang mengambil masa 10 minit sahaja. Taklimat keselamatan dan perjalanan yang disampaikan jurupandu pendakian.

 

PENDAKIAN penuh cabaran disertai pendaki dari luar negara.
PENDAKIAN penuh cabaran disertai pendaki dari luar negara.

 

 

TREK bertangga perlu dilalui setiap pendaki.
TREK bertangga perlu dilalui setiap pendaki.

 

“Kira-kira jam 9 pagi, kami memulakan langkah pendakian dengan penuh keyakinan menuju Panalaban Base Camp atau Laban Rata sejauh enam kilometer (km). Boleh dikatakan hampir keseluruhan trek adalah laluan bertangga.

“Sabah juga terkenal mempunyai hutan belantara yang tumbuh subur menghijau. Begitu juga dengan jutaan keunikan spesies flora dan fauna yang boleh ditemui. Untuk makluman terdapat beberapa kemudahan hentian atau pondok yang dijadikan tempat istirahat pendaki sebelum meneruskan pendakian.

“Membabitkan Pondok Kandis, Pondok Ubah, Pondok Lowii, Pondok Mempening, Pondok Layang-Layang, Pondok Villosa dan Pondok Paka. Setiap pondok menyediakan beberapa kemudahan asas seperti tandas awam, air paip dan tong sampah,” katanya.

Pendakian mengambil masa lima jam untuk sampai di Laban Rata. Zainal Abidin dan rakannya berehat serta bermalam di situ.

Bagaimanapun, dia dan rakannya tidak mampu untuk melelapkan mata walau sedetik pun kerana terlalu leka melihat pemandangan pada malam yang begitu indah.

“Namun kegembiraan kami tidak berpanjangan kerana dikejutkan hujan mula turun membasahi bumi jam 1 pagi. Perasaan cemas dan bimbang menyelubungi kami kerana difahamkan pihak pengurusan Gunung Kinabalu tidak membenarkan pendaki untuk meneruskan pendakian seandainya hujan masih berterusan demi menjaminkan keselamatan.

 

KEINDAHAN pokok bonsai.
KEINDAHAN pokok bonsai.

 

 

BERGAMBAR kenangan bersama seorang pendaki dari Jerman.
BERGAMBAR kenangan bersama seorang pendaki dari Jerman.

 

“Akhirnya kami menarik nafas lega apabila hujan berhenti. Kira-kira jam 3 pagi kami meneruskan pendakian dengan semangat berkobar-kobar. Pemakaian tanda nama dan ‘head lamp’ perlu dalam sepanjang tempoh pendakian,” kata Zainal Abidin yang turut mengakui kekuatan daripada segi fizikal, mental dan stamina perlu seimbang untuk mengharungi pendakian.

Begitu juga berhadapan suhu sejuk luar biasa hingga ke tulang hitam. Pemakaian baju sejuk, sarung tangan, topi dan kasut yang bersesuaian perlu dititik beratkan.

Selepas beberapa jam berhempas pulas, akhirnya sekitar jam 7.30 pagi Zainal Abidin dan rakannya berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.

“Betapa indahnya panorama alam semula jadi ciptaan Allah. Tiupan angin bayu udara segar melenyapkan terus segala penat lelah kami. Kehadiran awan karpet yang beralun juga mempersonakan mata memandang.

“Di kesempatan masa yang terbatas, kami mengambil peluang bergambar kenangan di sekitar puncak Gunung Kinabalu. Kebetulan pula ramai pendaki dari dalam dan luar negara membanjiri menunggu giliran untuk bergambar,” katanya.

Dia dan rakan kemudian beredar jam 10 pagi dan sampai di ‘check point’ pada jam 4 petang.

Bagi mengakhiri percutian, keesokannya harinya dia dan rakan dibawa makan angin di sekitar bandar Kota Kinabalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat