Artis wanita dominasi kategori Brit Awards 2021

- Advertisement -

London: Barisan artis wanita mendominasi pencalonan untuk Brit Awards 2021 yang diumumkan Rabu lalu, dengan empat mereka tersenarai untuk kategori Album Of The Year.

Buat pertama kalinya, kategori album terbaik di acara pop tahunan terbesar di United Kingdom itu tampil dengan empat wanita yang tercalon dalam lima kategori, berbeza berbanding tahun lalu yang mengundang kritikan kerana kurangnya artis wanita.

Penyanyi dan penulis lagu Dua Lipa, tewas dalam kategori album terbaik selepas membawa pulang Grammy untuk album pop terbaik untuk rakaman Future Nostalgia.

Penyanyi berusia 25 tahun ini menerima dua pencalonan untuk kategori Artis Solo Wanita Terbaik dan single terbaik untuk lagu popularnya Physical.

Penyanyi Arlo Parks, penyanyi soul Celeste, duo rap Young T & Bugsey dan DJ serta penerbit Joel Corry semuanya menerima tiga pencalonan keseluruhan dipelbagai kategori.

Bintang pop Ariana Grande, Billie Eilish, Cardi B, Miley Cyrus dan Taylor Swift pula tercalon dalam kategori artis solo wanita antarabangsa.

Bruce Springsteen pula tercalon dalam kategori artis solo wanita antarabangsa bersama Childish Gambino, The Weeknd, Tame Impala dan Burna Boy.

Kumpulan k-pop terkenal BTS pula menerima pencalonan Brit Award pertama mereka untuk kategori Kumpulan Antarabangsa dan penyanyi tempatan Harry Styles meraih pencalonan untuk single Watermelon Sugar.

Pemenang untuk anugerah ini akan diumumkan dalam upacara pada 11 Mei di O2 Arena London, namun tidak jelas bentuk upacara yang akan diadakan kerana terbatas akibat Covid-19.

Sehingga kini kerajaan belum melonggarkan syarat untuk membenarkan sebarang acara hiburan sehingga 17 Mei.

Acara tahunan yang biasanya berlangsung pada Februari, ditunda tiga bulan kerana masalah keselanatan dan logistik karena pandemik Covid-19.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat