Menteri Nafi Pernah Berkata Susah Bekerja Tanpa Gelaran Datuk

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin menyanggah satu status dari media sosial yang mendakwa beliau mengakui susah bekerja tanpa gelaran “Datuk”.

Sambil menyifatkan status berkenaan yang dimuatnaik netizen bernama “Srikandi Malaya” itu sebagai fitnah, katanya, beliau tidak pernah menyebut perkara sedemikian dalam mana-mana kenyataan.

“Ini adalah satu fitnah. Saya tidak pernah menyebut sedemikian.

“Untuk makluman, di Australia, bukan sahaja pensyarah, bahkan juga profesor, umumnya dipanggil nama sahaja.

“Bantu saya hentikan fitnah ini. Kepada pemfitnah, sekiranya lepas di dunia, belum tentu lepas di akhirat kelak,” katanya yang dipetik sebagai berkata menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Netizen Srikandi Malaya dalam statusnya semalam, seperti memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa menteri dan pemimpin yang dipilihnya tidak berwibawa sepenuhnya.

Malah, netizen itu memaparkan status berbunyi, “Menteri Pendidikan akui susah bekerja tanpa gelaran Datuk”, dan “Masa jadi pensyarah di Australia dulu, semua orang panggil saya dengan gelaran Sir”.

Semalam, Mohd Radzi yang merupakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), antara 81 individu yang dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. – MalaysiaGazette

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

Berita Berkaitan

Dua Bekas ADUN DAP Perak Masuk Bersatu

KUALA LUMPUR - Dua ADUN Perak kini nekad meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan memilih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). Memetik laporan Malaysiakini, ADUN Tronoh, Paul...

Bersatu Pandang Serius Keputusan UMNO Tiada Kerjasama Pada PRU15 – Hamzah

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, parti itu memandang serius keputusan UMNO yang menegaskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan...

Empat Sindiket Tipu Skim Pelaburan Berjaya Ditumpaskan – Polis

KUALA LUMPUR - Empat sindiket penipuan skim pelaburan ditumpaskan dengan 21 individu termasuk tiga wanita ditahan menerusi beberapa siri operasi di lima negeri, sejak...