Saya Mohon Maaf Jika Isu Rakyat Tidak Dilayan Pihak Berwajib – Ahmad Zahid

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kepada rakyat jika isu-isu berkaitan bebanan masyarakat yang beliau ketengahkan melalui media sosial tidak dilayan pihak berwajib.

Beliau berkata, orang ramai diharap memahami keadaan beliau yang kini tiada sebarang kedudukan dalam membuat keputusan bagi pihak kerajaan.

“Saya tahu ramai saudara saudari meminta supaya saya mengetengahkan lebih banyak isu. Terutama berkaitan bebanan dan kesukaran hidup pada masa ini, pengangguran dan bermacam lagi namun saya berharap saudara saudari memahami jua saya tiada dalam sebarang kedudukan untuk membuat keputusan bagi pihak kerajaan.

“Jika perkara yang dibangkitkan itu tidak dilayan pihak berwajib, saya cuma mampu memohon maaf kepada saudara saudari,” katanya melalui hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, meskipun beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri, tetapi ia bukanlah bersifat partisan, bahkan ada kuasa yang lebih mendahului mereka.

“Saya adalah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang tidak memegang tampuk pentadbiran negara.

“Jika anda melihat saya sebagai orang yang boleh bersuara… Ya. Saya ada melakukannya seperti yang saya lakukan dalam pembentangan Bajet dan banyak lagi sebelum ini.

“Saya ingat saya juga boleh bersuara melalui Parlimen tetapi apakan daya, persidangan tidak dibenarkan sekarang,” katanya. – Sinar

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

PAS bangga DAP label parti itu paling bahaya

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad bangga dengan label yang diberikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa parti Islam...

Tangguh Pemilihan Boleh Menjerumus UMNO ke Tangan PH – UMNO Gerik

KUALA LUMPUR - Penangguhan Pemilihan UMNO akan menjadi antara punca parti menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Pemangku...

Kenapa tak berani namakan Zahid calon PM? – Bersatu

KUALA LUMPUR - Kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berhubung calon Perdana Menteri seolah-olah memberi bayangan bahawa beliau tidak yakin untuk meletakkan presiden...