Suspek tembak di KLIA disambung reman di Kota Bharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes tembak di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), Sepang minggu lalu tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan hari ini untuk prosiding sambung reman.

Hafizul Hawari 38, yang memakai baju lokap berwarna oren dikawal kawal ketat anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.38 pagi tadi.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pada pagi Isnin untuk prosiding sambung reman selepas menjalani tahanan reman tujuh hari bermula Selasa lalu, lapor Kosmo! di Kelantan.

Hafizul direman tujuh hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1, Sepang pada Ahad minggu lalu.

Perintah tahanan reman itu bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Hafizul ketika itu sempat memaklumkan kepada sekumpulan wartawan bahawa dia memerlukan tujuh peguam untuk mewakilinya dalam kes tersebut.

“Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis. Saya memerlukan tujuh peguam dalam kes ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat