Tiada keperluan mendesak bawa pulang rakyat di Iran, Jordan dan Lubnan – Menteri Luar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Tiada keperluan mendesak untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Iran, Jordan dan Lubnan susulan konflik yang berlaku antara Iran dan Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun berkata, Wisma Putra sentiasa memantau perkembangan di rantau berkenaan dan sedia membawa pulang semua rakyat Malaysia jika mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ramai orang bertanya mengenai (situasi) rakyat Malaysia di Iran, Jordan dan Lubnan.

“Di Iran tak ramai hanya 38 orang saja termasuk staf kedutaan, manakala di Jordan ramai rakyat Malaysia, kebanyakannya pelajar, ada lebih 2,000 orang dan setakat ini tak ada apa-apa masalah.

“Di Lubnan pula ada lebih 800 orang, kebanyakannya tentera pengaman kita di sana, jadi tidak ada masalah yang mendesak setakat ini untuk membawa pulang warga kita,” katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Luar di Putrajaya lapor BH pada Isnin.

Iran melancarkan serangan itu sebagai tindakan balas terhadap serangan udara ke atas perkarangan kedutaannya di Damsyik pada 1 April yang dikaitkan dengan Israel.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat