Top Glove antara bakal didakwa langgar akta perumahan pekerja

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) akan mengambil tindakan mahkamah terhadap beberapa syarikat termasuk pengeluar sarung tangan Top Glove membabitkan penyediaan perumahan pekerja masing-masing.

Syarikat berkenaan didapati melanggar peruntukan terhadap Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)

Ketua Pengarah JTKSM, Asri Ab Rahman, berkata mereka berdepan sebanyak 63 pertuduhan.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 21 kertas siasatan sudah dibuka sejak akta berkenaan dikuat kuasa sejak September lalu untuk menyiasat ketidakpatuhan terbabit, meliputi pelbagai subsektor industri.

“JTKSM akan melaksanakan pendakwaan di mahkamah. Selain itu, tindakan denda dan kompaun juga akan dikenakan terhadap majikan ingkar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua tindakan itu mencerminkan kementerian dan JTKSM tidak berkompromi dengan majikan yang tidak menyediakan perumahan yang baik untuk pekerja mereka.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat