Ismail Sabri tunjuk bukti tidak langgar SOP PKPB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil menyanggah gambar tular yang menuduhnya melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini, Ismail Sabri merujuk gambar yang beliau bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh termasuk beberapa individu lain.

“Beberapa gambar menjadi bahan fitnah terhadap saya dan Ketua Menteri Melaka serta Speaker DUN Negeri Melaka sewaktu saya melakukan lawatan kerja ke Melaka Sabtu lepas,” katanya.

Ismail Sabri memberitahu, pihak yang menyebarkan fitnah itu sengaja mengambil gambar daripada sisi untuk menunjukkan mereka duduk dalam keadaan rapat.

“Namun inilah gambar sebenarnya,” katanya.

Dalam hantaran itu, Ismail mengongsikan beberapa gambar menunjukkan beliau, Sulaiman dan Abd Rauf serta beberapa orang lagi duduk di satu meja yang sama.

“(Dalam gambar tersebut) kononnya tiada penjarakan sosial antara kami.

“Yang jahatnya, mereka menunjukkan gambar dari sisi bagi menunjukkan kedudukan kami tanpa penjarakan. Namun ini lah gambar sebenarnya,” jelas Ahli Parlimen Bera itu.

Beliau bagaimanapun berharap individu yang sengaja menabur fitnah itu dibukakan hati.

“Semoga Allah membuka hati-hati mereka ini supaya tidak lagi membuat fitnah kepada sesiapa jua selepas ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat