“Maaf Salah Kira, 106 Bukannya 107 Sokong RUU”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini memaklumkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan, semalam adalah 106 dan bukannya 107 seperti diumumkan.

Susulan kekhilafan tersebut, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya tampil memohon maaf kepada Dewan Rakyat atas kesilapan yang tidak disengajakan semalam.

Sebaliknya, beliau memberitahu tidak mempunyai apa-apa niat untuk mengelirukan dewan semasa proses pengiraan undian belah bahagian itu.

“Semasa membuat pengiraan undi, beberapa minit sebelum itu saya ada melihat Padang Rengas, cuma semasa berkenaan itu beliau mungkin tiada disitu.

“Saya tidak pasti sehinggalah dirujuk kata Padang Rengas tiada, tapi saya yakin bahawa beliau ada ketika itu, jadi saya tidak ada niat untuk menipu Dewan ataupun melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peratusan Dewan.

“Saya dengan niat tulus ikhlas apa yang saya faham dan tahu,” jelas beliau sambil menerima gangguan daripada Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon kemudiannya bersuara meleraikan pertikaman lidah itu.

“Bagi Ahli Parlimen Tasek Gelugor beri penjelasan, saya bagi ruang,” arah Rashid.

“Sekiranya itu dianggap sebagai kesalahan, saya telah memaklumkan dengan ikhlas kepada Speaker. Saya tidak menyembunyikan perkara ini dan saya telah memohon maaf, terpulanglah kepada Speaker untuk terima atau tidak.

“Jangan tuduh saya ada niat untuk menipu dan sebagainya,” kata Shabudin lagi.

Rashid pada awal sesi perbahasan berkata berlaku kesilapan dalam pengiraan undi belah bahagian peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan untuk Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021), semalam.

Beliau berkata Shabudin telah memasukkan Nazri dalam kelompok Ahli Parlimen yang bersetuju dalam undian belah bahagian semalam sedangkan beliau tidak berada dalam Dewan Rakyat.

Oleh yang demikian, keputusan undian semalam adalah 106 bersetuju, 95 tidak bersetuju dan 19 tidak hadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat