Sukarnya Menjadi Annuar Musa…

- Advertisement -

BERIKUTAN banyak kenyataannya yang dilihat lebih cenderung kepada Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bersatu, Tan Sri Annuar Musa telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang UMNO.

Kesetiannya dipertikaikan, agendanya pula jadi persoalan.

Ada juga yang menuduh Annuar Musa berubah sekian rupa kerana kemaruk setelah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, yang padanya lebih kurang peranan Menteri Besar atau Ketua Menteri tapi untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Masya Allah, kenapa sampai boleh jadi begitu?

Sebelum galak menuduh, mari lihat siapa dulu Annuar Musa dan kenapa beliau membuat kenyataan yang seumpama itu?

Lupakah kita, Annuar Musa adalah Setiausaha Agung UMNO sejak perbincangan kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) bermula dan akhirnya menjadi kenyataan September tahun lepas?

Bila Perikatan Nasional (PN) wujud (walaupun tidak didaftar secara rasmi), beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung BN yang antara lain menguruskan perbincangan kerjasama BN dengan perikatan baru itu – soal jadi atau tidak, itu cerita lain, tapi beliau terlibatlah tajuknya.

Beliau juga adalah antara ahli parlimen yang menyokong pembentukan PN, malah dilantik pula sebagai Menteri Wilayah Persekutuan – kali ketiga dilantik mengetuai kementerian sejak 1993.

Ya, sejak 1993 lagi sudah jadi Menteri, bukan pertama kali, kemaruk macam mana pula?

Mudah kata, Annuar Musa bukan sahaja terlibat dalam pembentukan MN sebagai Setiausaha Agung UMNO, beliau juga terlibat dalam perbincangan kerjasama politik dalam PN selaku Setiausaha Agung BN.

Selain Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan sekarang.

Maka dimanakah silapnya bila beliau menegur pemimpin UMNO yang buat kenyataan tidak selari dengan pengetahuan beliau sebagai orang yang terlibat dalam semua perbincangan terbabit?

Atau mempertahankan Perdana Menteri ketika beliau dituduh cuba mencuri parti komponen BN – MIC? MIC sendiri mengakui mereka terlibat dengan PN kerana menyangka UMNO turut terlibat.

MIC menarik diri apabila mendapat tahu UMNO buat keputusan tidak sertai kerjasama politik untuk tubuhkan PN – yang penting disitu, penglibatan awal MIC dalam PN, kerana menyangka UMNO juga terlibat, bukan sebab cuba dicuri sesiapa.

Pendek kata, kedudukan Annuar Musa yang unik ini yang sebenarnya mencetuskan salah faham setiap kali beliau buat kenyataan/teguran. Hakikatnya, beliau hanya bercakap berdasarkan peranan yang dimainkannya dalam semua perbincangan tersebut, itu sahaja.

Kesetiaan Annuar Musa kepada UMNO rasanya tak perlu dipersoalkan. Ketika ramai pilih lompat atas pelbagai alasan pasca PRU14, Annuar kekal disitu walaupun cuba dikaitkan dalam soal penajaan MARA ketika menjadi Presiden KAFA.

Buat masa ini, kelihatannya beliau sekadar respon kepada kenyataan-kenyataan yang tidak selari dengan pengetahuannya dalam semua perbincangan tersebut sahaja – tidak lebih dan tidak kurang.

Hakimi Salleh
Nibong Tebal

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat