Imbau Nostalgia, Warung ‘Rare’ Seperti Dalam Filem P.Ramlee Di Klang Ini Bakal Jadi Tumpuan Ramai

- Advertisement -

Nama P.Ramlee masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia, mana tidaknya beliau merupakan selebriti dan pengarah versatil sepanjang zaman.

Umum mengetahui bahawa filem-filem lakonan dan arahan beliau dilakukan dalam studio. Jika kami katakan terdapat sebuah kedai makan seperti warung dalam salah sebuah filem P.Ramlee, adakah anda percaya?

 

 

Terletak di Klang, Restoran Kukus ini yang ketengahkan dekorasi ‘vintage’ pasti membuatkan anda seperti berada pada era 70an atau 80an. Terdapat pelbagai seleksi makanan yang anda boleh cuba di sini dan tong mo merupakan makanan ‘rare’ untuk dicuba. Memang rugi jika anda tidak mencuba!

Malah, sepanjang anda berada di ‘warung’ ini, anda akan didendangkan dengan lagu-lagu ‘hits’ dalam filem P.Ramlee dan terdapat permainan tradisional seperti congkak, teng-teng dan banyak lagi disediakan untuk pengunjung.

 

Menarik, bukan? Untuk anda yang ingin terjah ke Restoran Kukus ini, ia dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 5 petang. Tunggu apa lagi?

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat