Penjawat Awam Di Negeri Sabah Wajib Patuhi SOP Yang Ditetapkan

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Bermula hari ini Kerajaan Negeri Sabah telah menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang wajib dipatuhi semua penjawat awam ketika tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara.

Dalam satu kenyatan media yang dikeluarkan semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong berkata semua kementerian, jabatan, badan berkanun negeri, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan beroperasi seperti biasa di mana kakitangan organisasi diwajibkan dengan kehadiran sekurang-kurangnya 60 peratus di pejabat masing-masing dan 40 peratus bekerja dari rumah (BDR).

“Penjadualan kerja terbabit harus mengambil kira perkhidmatan perlu, kebajikan, keselamatan dan penggiliran kakitangan.

“Penggunaan aplikasi dalam talian adalah diwajibkan dan diperluaskan untuk meminimumkan kehadiran pelanggan di kaunter dan pejabat kerajaan.

“Mesyuarat, kursus, seminar dan latihan secara bersemuka adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Jelasnya ketua jabatan diberi kuasa untuk menentukan penggiliran kakitangan yang perlu hadir ke pejabat dan BDR.

“Bagaimanapun, ketua jabatan boleh mengeluarkan arahan bekerja kepada mana-mana kakitangan di bawah jagaan masing-masing yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan kerajaan dari semasa ke semasa.

“Semua ketua jabatan perlu memastikan perkara ini dipatuhi supaya tidak berlaku ,penularan COVID-19 di tempat kerja,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua penjawat awam di Sabah agar mematuhi sepenuhnya SOP dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah setiap masa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat