Kerajaan Komited Imbangi Kebajikan, Kesejahteraan dan Nyawa Rakyat – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan komited mengimbangi kebajikan, kesejahteraan dan nyawa rakyat meskipun pada masa ini kerajaan mempunyai ruang fiskal yang terhad untuk berbelanja.

“Sejak COVID-19 melanda negara, kerajaan melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 bilion.

“Sehingga kini, ia memanfaatkan lebih 20 juta isi rumah dan lebih dua juta perniagaan dengan suntikan ekonomi lebih RM200 bilion.

“Justeru, ada lebih RM100 bilion lagi daripada nilai pakej rangsangan untuk disalurkan sepanjang tahun ini.

“Sebagai tambahan, pakej terbabit dilengkapi inisiatif Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion,” katanya dalam perutusan mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai RM40 bilion, sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, menerusi suntikan yang diumumkan, ekonomi negara kini dilihat semakin pulih, menggambarkan impak positif untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan serta menyediakan bantuan kepada rakyat dan sektor yang terkesan.

“Seperti yang diumumkan, kerajaan akan melaksanakan PKP yang lebih ketat untuk tempoh dua minggu bermula esok. Semua sektor sosial dan ekonomi ditutup kecuali yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.

“Tindakan ini diambil selepas trend peningkatan kes COVID-19 menunjukkan kenaikan mendadak dengan mencatat kes kematian yang tinggi setiap hari.

“Sekiranya tindakan drastik tidak diambil segera, sistem kesihatan negara dikhuatiri akan runtuh dan kita akan berhadapan satu malapetaka yang lebih besar.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, penutupan sektor ekonomi akan memberi kesan amat besar kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat